KENALI SAYA….

Seorang yang bersederhana tinggi, berkulit kuning langsat, berwajah bujur telur. seorang yang sangat sentimental, sangat memahami situasi seseorang, mudah menangis dan mudah ketawa. Juga seorang insan yang bercita-cita tinggi setinggi langit Tuhan

Tujuan post dan penulisan ini adalah kerana ingin mencipta kenangan abadi bersama makhluk-makhluk Tuhan yang paling indah. sementelah akal yang selalu alpa mudah-mudahan setiap kalam mampu dikekalkan. hidup ini bukan kerana keindahannya untuk di paparkan tetapi kerana pahitnya juga adalah sebahagian daripada kemanisan. Tuhan menciptakan Alam bukan sekadar untuk tatapan tetapi meratapi dan menangisinya juga. Mereka makhluk Tuhan yang paling patuh, sedangkan kita? Mereka makhluk Tuhan yang sentiasa bertasbih, sedangkan kita? Maka, hati yang hidup akan terus meratap sebuah keampunan serta menangisi kerana cemburu akan makhluk Alam. dengan sebuah perjalanan kita akan mendapat tiga perkara: 1) bertambahnya iman. 2) bertambah ilmu pengetahuan. 3) bertambah kawan.

Mudah-mudahan dengan setiap post dan perjalanan hidup ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang membaca dan melihatnya juga. Berimanlah kepada Allah. Kalau dahulu ketua Iblis dan tenteranya juga beriman kepada Allah kita yang daripada tanah mahu menafikan bahawa Dia itu benar-benar Maha Hebat dan Maha Menciptakan? tepuk dada tanyalah iman..

سيروا فينظروا ” berjalanlah dan lihatlah”

Published by ciksulam

Saya seorang yang peramah tetapi tegas. Bukan askar juga bukan polis tetapi seorang pendidik...

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started